Saturday, June 7, 2014

Kerabu paku rawan/keladi merawan


Kerabu paku rawan....itu la menu tengahari yang dimakan dekat pukul 5 pm. Lambat sungguh...encik hubby pun dah lapar sangat. Tadi sampai dari taiping dah pukul 12 lebih...penat sangat, layan mata kejap....dalam anak2 dok main terjerit tu sedar2 kakak kejutkan zohor....dah pukul 3 pun masa tu...

Lepas solat baru terkial2 nak memasak....mula ingat nak masak lemak jeruk maman tapi udang dah habi. Tukar rancangan....buat kerabu. Lagi pun peti sejuk penuh nak simpan takde tempat. Maman ngan paku ni beli kat taiping tadi....singgah kat pasar niatnya nak cari kuih tepung pelita tapi dapatnya macam2...

Sedap sangat kerabu nih...kalau uols jumpa jangan tak beli dan try masak....pasti tak menyesal punya lah....

Sumber resepi Cendana kasih

Bahan-bahan 

Seikat keladi bunting/paku rawan/keladi merawan – bersihkan dan rebus kemudian toskan.
sambal belacan – (1 bj cili besar+3bj cili api+belacan+asam jawa+garam+ 1sb udang kering-ditumbuk lumat)
1 labu bawang besar dimayang halus
1 biji limau kasturi
1 sb kerisik
saya tambah hirisan bunga kantan
garam & gula secukupnya

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sebati.
Perasakan dengan garam, gula dan limau nipis.
Siap untuk dinikmati. Untuk lebih rasa umphh tambahkan dgn lada hitam yg ditumbuk kasar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...