Sunday, June 8, 2014

Kari ketam massala

Atas permintaan kawan yang minta saya share resepi berasaskan ketam. Kebetulan ke pasar sg yu ada ketam saiz sederhana yang baru naik pagi tadi...terus je beli. Anak yang akan balik dari kem pun suka sangat ketam n, mesti dia hepi...

Kari Ketam Massala
Sumber Resepi Chef Joha Hassan

Bahan2nya
2 kg Ketam dibersih dan di belah dua jika besar.
2 sudu besar Rempah Massala (biji ketumbar, jintan, kayu manis,bunga lawang,buah pelaga) disanggar dan di tembuk halus.
3 sudu besar bawang kisar
6 biji cili api – ditumbuk halus/Cili kisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 sudu besar serbuk kari daging
1 inch halia di kisar
1/2 inch kunyit hidup di kisar
2 batang serai dititik
3 sudu besar santan pekat (Krim santan)
1 cawan air
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
Minyak untuk menumis

Cara2nya

Panaskan minyak dikuali, letakan serai yang di titik,bahan2 yang di kisar dan serbuk rempah massala dan 1 batang kayu manis. Biarkan ia goreng sebentar di dalam minyak hingga, bangkit aroma nya kemudian letakan serbuk kari dan gaulkan biar sebati. 

Tuangkan krim santan dan air secawan. Masukan ketam2 dan gaulkan bersama rempah kuah kari. Taburkan daun kari dan sedikit garam secukup rasa. Tutupkan tudong periok, kecilkan api, biarkan ia masak dalam 8 mins. Kuah nya biarkan pekat sedikit. Sajikan dengan nasi putih panas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...