Saturday, June 28, 2014

Ayam percik


Menu hari ni. Lebih sos percik semalam saya gunakan untuk masak ayam. Saya siramkan kuah selebihnya pada ayam dan hidangkan.

Ayam ni tak sempat bakar garing sangat sebab dah dekat pukul 3. Hubby yg tak breakfast dan anak2 dah kelaparan. Lewat masak sebab keluar cari kurma dan buah2 untuk puasa nanti.

Ayam PERCIK
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan kembung/selar yang besar
1/2 biji kelapa atau 1 mangkuk santan pekat
bahan mesin
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sm halia
2 batang serai
1 s/b gula
sedikit air asam jawa
2 sm kunyit hidup
Garam

Cara:
1. Ayam dibersihkan kemudian dikelar-kelar dan lumurkan dengan garam dan kunyit.
2. Bakarkan ayam di atas dapur arang/magic pan sehingga separuh masak.
3. Sementara ayam di atas dapur, eloklah sediakan kuahnya.
4. Masukkan bahan mesin di dalam periuk bersama santan.
5. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. Masaklah di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya.
6. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ayam yang dipanggang tadi.
7. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. Buatlah sebegini hingga ayam tadi masak dan kuahnya melekat pada ayam.
8. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...