Friday, February 3, 2017

Kuih Laps

Memalam niteriba timbul kerajinan nak melapis menggunakan resepi yang saya rujuk dari blog Yatie memories. Kuih kegemaran saya ni.....resepi ni memang menghasilkan kuih yang kena dengan selera saya yang agak cerewet bila memakan kuih muih traditional. Bila makan kuih2 ni saya akan bayangkan kualiti dan rasa yang biasa saya nikmati dulu.....cukup manisnya, lemaknya, teksturnya baik.....

Yang dijual selalunya fail tang lemak, kalau kategori kuih2 talam ni. Santan mahal....buat santan banyak mana nak untungkan..... Jadi kesimpulannya.....memang kena buat sendiri kalau teringin makan yang ada ummmmpppp....Apa lagi.....jom semak resepi.


Kuih lapis

Bahan-Bahan

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung
1 cawan gula pasir (saya guna gula perang jadi yang bahagian plain tu warnanya tak putih sangat....lepas kukus satu round saya masukkan pes pandan.....tu yg jadi kombinasi pink hijau)
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.


Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...