Monday, February 20, 2017

Karipap Keledek


Karipap antara kuih faveret rakyat Malaysia. Entah kenapa agaknya.....paling banyak dijual dan dihidangkan. Selalunya kalau kat gerai2 kuih tak boleh tidak mesti ada jual kuih karipap. Veriety pun banyak karipap ni....inti ayam, daging, kentang, keledek, sardin.


Saya ni asalnya takde la suka sangat makan karipap. Jadi suka bila start pandai klim tepi karipap tu....sejak tu selalu jer buat dan simpan beku....sentiasa ada stok. Sekarang ni pun karipap paling laku...anak2 kalau karipap cepat jer habis stoknya.

Hujung minggu lepas saya terima tempahan dari jiran utk majlis sambutan tahun baru cina. Saya buat dua jenis kuih...karipap (sebab saya boleh sediakan lebih awal dan bekukan) dan Apam (sebab malam2 saya dah boleh kukus...esoknya hidangkan saja. Takde kelam kabut subuh2 kitab nak bancuh teh tarik dan sediakan kuih. Karipap ni pagi2 tu tinggal goreng jer.....sambil2 bancuh air dan keluarkan apam dari acuannya.


Karipap keledek

Ini resepi inti karipap

4 ketul keledek
4 sb rempah kari daging/ayam
7 biji bawang merah/2 biji bwg besar
4 ulas bawang putih
segemgam udang kering
daun sup yang dihiris (optional)
Garam dan gula secukup rasa
_________________

Tumis udang kering, bawang putih/merah yang dah ditumbuk lumat.
Pastu masukkan rempah kari. Agak2 dah orang dolu2 kata pecah minyak, tuang air secukupnya.
Masukkan keledek yang telah dipotong dadu. Masukkan garam secukup rasa.
Masak la hingga keledek tu empuk tapi jangan sampai benyek....
Kalau keledek dah empuk tapi air masih banyak.......masukkan je sedikit tepung gandum dan kacau hingga inti tu tak basah gitu....

Resepi kulitnya:

1 kg tepung gandum
400 ml air ais
1 cwn minyak (panaskan)
2 sk garam
------
Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan garam. Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar. Tuangkan minyak panas. Gaul rata. Masukkan air dan uli hingga sebati. Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.

Kalau nak buat frozen, samada gorengkan sekejap karipap tu sebelum sejukkan dan simpan atau bakar sekejap kat dalam oven.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...