Friday, February 3, 2017

Karipap Daging

Macam-macam bentuk.....macam-macam rupa.....satu rasa. Hehehehe.....sesekali seronok pulak main doh. Anak2 sebut nak bentuk apa ummi cuba buatkan. Macam aktiviti kerastangan pulak dah.... Seronok bila tengok anak2 hepi. Nak makan jadi sayang....Karipap ni saya goreng separuh untuk makan dan selebihnya separa masak. Buat frozen, bekal perjalanan balik kampung. Laris...



Karipap inti daging

Ini resepi inti karipap

4 ketul keledek
4 sb rempah kari daging/ayam(saya guna adabi)
7 biji bawang merah/1 biji bwg besar
4 ulas bawang putih
1/2 kg daging cincang
kalau suka ble je letak daun sup yang dihiris (tapi untuk kejadian hari ini, i tak letak sebab tak ada)
Garam secukup rasa
_________________

Tumis udang kering, bawang putih/merah yang dah ditumbuk lumat.
Pastu masukkan rempah kari. Agak2 dah orang dolu2 kata pecah minyak, tuang air secukupnya. Masukkan keledek yang telah dipotong dadu. Masukkan garam secukup rasa.
Masak la hingga keledek tu empuk tapi jangan sampai benyek....Kalau keledek dah empuk tapi air masih banyak.......masukkan je sedikit tepung gandum dan kacau hingga inti tu tak basah gitu....

Seterusnya untuk tepungnya .......kita sambung lain kali.....hehehhehe

Setelah sekian lama akhirnya berjaya juga menyiapkan projek yang terbengkalai itu:



Resepi kulitnya:

1 kg tepung gandum
400 ml air ais
1 cwn minyak (panaskan)
2 sk garam
------
Masukkan tepung dalam bekas. Masukkan garam. Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar. Tuangkan minyak panas. Gaul rata. Masukkan air dan uli hingga sebati. Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.


Kalau nak buat frozen, samada gorengkan sekejap karipap tu sebelum sejukkan dan simpan atau bakar sekejap kat dalam oven.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...