Sunday, February 5, 2017

Kuih Gulung aka Ketayap


Kuih untuk sarapan pagi. Antara kuih yang banyak kali siaran ulangannya. Kuih ni mudah disediakan. Intinya boleh buat awal2 dan simpan dalam peti sejuk. Saya boleh katakan sentiasa ada stok inti kelapa untuk memudahkan kerja. Kalau tak buat macam ni nanti kelam kabut skit la nak buat kuih yang guna inti kelapa camni.


Kuih ketayap @ ZLC

Untuk kulit

3 cawan air pandan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa

kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.
Masukkan semua bahan dan kisar sebati hingga sebati.


Untuk inti

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1 biji kelapa parut
1 cawan gula putih (manisnya ikut citarasa)
Secawan air pandan
Sedikit garam


Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air pandan, gula.  Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat.



Untuk menyediakan kuih ketayap

Panaskan pan dengan api sederhana, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi membulat (ini utk buat bentuk biasa).
Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Nampak tepi2nya dah kering tu maknanya dah masak la.

Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.....tapi untuk viewer sedia untuk ditatap jer ler yer...huhuhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...