Tuesday, February 28, 2017

Simple Croissant (Simple Crescent Rolls)


Ni sarapan simple yang bole difikirkan bila idea memasak makin tipis. Lagi sedap dan istimewa kalau croissant ni kita buat sendiri.....tapi kalau dah malas sangat macam saya ni beli jer yang dah siap...hehhehe.

Tuna pun senang jer....ikut resepi kat bawah...


Tuna mayo

1 tin tuna - tos airnya sampai kering.
3 sb mayonis
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Tomato buang bijinya dan potong kiub kecil
Timun jepun - potong kiub kecil
Bawang besar - cincang
Cili masak - buang biji dan cincang

Satukan dan gaul rata. Hidangkan bersama roti atau croissant.


Kalau nak buat croissant sendiri boleh cuba resepi dari FB Sis Mufidah Abdul Hadi Alyunusi ni. Insya Allah ikut bahan dan caranya betul2 hasilnya takkan mengecewakan.

Simple Croissant (Simple Crescent Rolls)


Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 bungkus yis
1 biji telur
2 sudu besar gula (saya guna 3-4 sudu besar gula castor)
1/2 cawan susu segar (suam)
1/4 cawan air suam
Sedikit vanilla (sy tambah sendiri)

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan (125g) butter dipotong dadu dan disejukkan dalam petiais

Bahan C (Egg Wash):
1 biji telur
1 sudu teh air
Sedikit clear vanilla (vanilla jernih - sy tambah sendiri)

Cara membuatnya:

Satukan bahan-bahan A dan pukul 10 minit dengan kelajuan sederhana. Ketepikan.

Satukan bahan-bahan B. Gaul dan ramas hingga adunan jadi seperti serbuk roti. Tak perlu terlalu halus sebab ketulan butter tu nanti akan jadikan roti kita berongga.

Tuangkan adunan B tadi ke dalam adunan A. Kaup dan balikkan biar sebati. Jangan terlebih gaul yer, nanti hasilnya kurang baik. (Jangan uli, sebab kita nak roti tu nampak bersarang dalamnya).

Bungkus adunan dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.

Keluarkan dari petiais dan tabur sedikit tepung atas adunan. Canai nipis menjadi bentuk bulatan. (Jangan uli adunan yer)

Potong dengan pisau atau pemotong pizza kepada beberapa bahagian dalam bentuk 'wedges' (potong macam kita potong pizza).

Ambil sepotong adunan tadi (bentuk seakan segitiga) dan gulung bermula dari bahagian yang lebar hingga ke hujung yang tajam. (Sapu hujung yang tajam tu dengan putih telur supaya bila dibakar nanti, tak terbuka hujungnya)

Ulang hingga habis. Jika suka boleh ditabur dengan kismis, choc chips, cranberry kering atau lain-lain atas permukaan adunan croissant sebelum digulung.

Ketepikan sehingga naik sekali ganda.

Satukan bahan-bahan C dan pukul dengan garfu biar sebati. Sapu adunan (egg wash) ini di atas permukaan croissant.

Bakar croissant pada suhu 190 darjah sehingga masak. (Lebih kurang 25-35 minit)


Beberapa tips yg Sis Mufidah kongsikan dalam penyediaan croissant ni.
* guna butter yg berkualiti sebab rasa roti ni nanti banyak bergantung pada jenis butter yg kita guna..
* utk adunan B.. Jangan terlebih gaul dan ramas tepung dan butter .. Kalu halus sangat nanti kurang berongga dalam croissant nanti..
* setelah dicampurkan kedua2 adunan A dan B, kaup dan balikkan perlahan2 adunan.. Jangan uli atau terlebih gaul.. Nanti texture nya tak macam croissant, jadi mirip bun biasa.. Tapi kalau kawan2 prefer texture yang seakan bun biasa maka bolehlah diuli adunan tu..
* adunan ni dibiar naik di dalam petisejuk, jadi mungkin mengambil masa yg lebih untuk naik semula dan juga mengambil masa yg lebih panjang skit untuk dibakar berbanding doh roti biasa..
* work fast yer dengan doh setelah dikeluarkan dr peti sejuk sebab semakin lama di luar, makin susah nak handle..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...