Friday, February 3, 2017

Asam Pedas dan sayur petola masak lemak


Masakan favorite saya untuk hidangan tengahari dua minggu lepas. Sayur petola masak lemak putih dengan suun, fucuk dan telur serta asam pedas ikan baracuda. Sayur lemak fucuk dan suun ni dari zaman kecil memang suka sangat2. Ringkas jer cara penyediaannya. Kalau takde lauk lain pun bol;eh makan tambah2 kalau masak lemak putih ni. Tapi harini padanan dengan asam pedas masakan hubby ni lagi la....nasib la nasi dah habis, kalau tidak tak tau2 nak berenti makan....

Anak2 pun suka masak lemak putih ni....kalau boleh suun kasi lebih...masing2 pilih suun banyak2.


Asam pedas Abang Sado JJ

I Kilo ikan jenama apa2 (Sembilang/pari/tenggiri/kerapu/senangin dll)
3 sb (cili kering yg dah dikisar)
4 ulas Bawang Putih
8 ulas Bawang Merah Dikisar/tumbuk lumat
1 inci Halia
1 inci/ketul kunyit hidup
Segengam Daun Kesum
Sekuntum Bunga Kantan – belah 4
Bendi/Terung Panjang Belah dua dan potong lebih kurang 3 inci
Sebiji tomato belah 4 (optional)
1 liter air
Air Asam Jawa pekat dalam 1/4 cawan
Gula dan Garam sekukup rasa
----
Tumis cili hingga pecah minyak.
Masukkan bahan yang ditumbuk/kisar dan kacau hingga naik bau. (Bahan ni boleh juga dikisar sekali dengan cili kering dan tumiskan hingga pecah minyak)
Masukkan air asam dan air.
Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan, bendi.
Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
Masukkan tomato dan biarkan lebih kurang 3 minit......siap untuk dimakan.





Sayur Petola Masak Lemak Putih

BAHAN-BAHAN:

1 biji petola
2 mangkuk santan
2 biji bawang merah –hiris
sedikit ikan bilis
garam secukup rasa
3 biji telur
1 paket suun, fucuk, cendawan hitam – rendam lembut

CARA MEMASAK :


Bersihkan sayur dan dipotong kecil , bersihkan ikan bilis dan ketepikan dulu . Masukkan santan , bawang dan ikan bilis ke dalam periuk. Pecahkan telur. Biarkan sampai kuah mendidih. Kacau selalu agar santan tak pecah minyak. Kemudian di masukkan petola, suun, fucuk dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai sayur sebati dengan kuah dan sayur masak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...