Friday, February 24, 2017

DAGING MASAK HITAM VERSI 3


Daging masak hitam....menu ulangan yang kali ni saya guna resepi lain....kiranya dalam blog ni ada 3 versi untuk daging masak hitam yang saya gunakan. Masing2 ada rasa tersendiri....kelainan dan keistimewaan. Terpulang selera. Nak kata mana satu yang lebih sedap pun tak boleh sebab...ikut citarasa masing2.

Saya????.....semuanya ok....anak2 suka....memadai. Versi 3 ni saya menggunakan  resepi yang dikongsi di blog masam manis. Menurut azlita, sumber asal resepi ni dari buku masakan sumbangan Chef tersohor....Chef Ismail....Saya buat agak berkuah sebab begitu yg digemari anak2.

Jom semak dan cuba...


DAGING MASAK HITAM
@ zulfadreamland.blogspot.my

100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang dirasakan sesuai

2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi

Bahan Kisar Halus

2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak


Sos
4 sudu besar kicap pekat
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediannya

Pijarkan minyak dalam kuali
Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan.
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum

Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos.
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...