Saturday, February 4, 2017

BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES


Tadi pagi balik jer dari pasar, terus menjengok kebun sekejap. Bawak jiran yang nak minta tunjukkan jeti nelayan. Sampai je kat rumah anak ketiga dok menuntut janji.....nak kek yang ada ising macam kek besday adik dia tempoh hari.

Jadi nak tak nak terus la sinsing lengan baju adunkan kek ni. Tak sempat sejuk pun dah paipkan hiasan. Kek cawan ni saya guna resepi yang saya ambil dari blog maam manis yg resepi asalnya dari RAINBOW CAKE, The Martha Stewardt Show. Pernah buat sekali dulu. Sedap...gebu lembut jer kejadiaan kek yang guna putih telur jer nih.


BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES

11/2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam garam
1/2  cwn butter ~ suhu bilik
3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
1sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

 Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Cara membuat rama-rama
Potong permukaan cupcake dengan pisau
Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian ~ rujuk gambar di atas
Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
Letakkan manik sebagai badan rerama

Untuk Cream kalau nak buat yang tahan lama macam kita nak buat hantaran dan tak mau dia cepat cair dalam perjalanan ita cadangkan cuba resepi ni

BUTTERCREAM

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan golden sirap

Potong butter kiub. Satukan butter bersama cream wel dan pukul hingga kembang dan putih
Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.

Kalau nak makan sendiri dan nak kan rasa yang lebih sedap boleh cuba yang ni..

FRESH CREAM FROSTING

By: Wilton
Rujukan : Kak Cek

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila

Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
Decoration ikut citarasa memasing ya...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...