Saturday, February 4, 2017

Tauhu sumbat kuah kacang

Menu majlis ilmu minggu ni. Simple aje sebab anak2 tahfiz bercuti. Faveret anak2. Boasanya saya hidangkan dengan sos cili homemade tapi kali ni buat lain sikit....hidangkan dengan kuah kacang. Anak saya pun sampai tanya, ummi tak pernah pun buat sos macam ni....kenapa tak buat sos macam selalu tu....saya cakap saja lah nak tukar2 selera. Asyik hidangannya yang sama jer jemu nanti. 


Nanti pencen nak niaga food truck tauhu sumbat ni la......agak2 boleh meletops tak ZLC tauhu sumbat sempoi.....🤔🤔🤔

Apa yang penting kerja sama. Bila buat secara gotong royong begini, mudah kerja2 menyediakan menu kali ni. Sekejap jer kerja2 menyumbat tauhu dah siap. Tq semua...moga Allah balas dengan kebaikan berlipat kali ganda


Tauhu sumbat

Tauhu - gaul dengan garam dan kunyit, goreng,  potong segi tiga dn belah tengahnya.

Sayuran

Taugeh - celur - jika suka (saya tak letak)
Timun potong lidi
Lobak merah - parut atau potong lidi
Sengkuang - potong lidi jika suka

Sumbat sayuran ke dalam tauhu. Hidang bersama kuah kacang.


Kuah kacang tauhu sumbat
Zulfaza Loves Cooking

40 biji cili kering - kisar lumat
1 kg sos cili
1 labu bawang putih - kisarlumat
Gula dan garam secukup rasa
600 gm kacang tanah - goreng dan kisar
Air secukupnya

Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih dan pekat (ikut citarasa).

*****Kuah ni makan ngan cucur udang kucai pun sedap jugak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...