Monday, February 13, 2017

CHEESE TART BUNCIT


Menunaikan permintaan anak-anak. Teringin sangat makan cheese tart yang ummi buat. Adehhhh.....ayah dah suruh beli sebab ummi tak larat nak buatkan......sabtu ummi kena kerja tapi anak-anak tak mahu. Nak juga makan air tangan ummi. Satu lagi kalau ummi yang buatkan boleh makan banyak-banyak....baru puas.

Takde pilihan....balik kerja saya singgah ke bakery beli bahan. Sampai jer rumah, anak2 dah excited. Tapi sebabkan kepenatan saya tangguhkan pembuatannya sampai pagi ahad. Nak buat ni leceh juga sebab kena siapkan shellnya dulu. Anak2 dah tawaf  ke dapur berpuluh kali.....tak sabar2 nak makan. Tq Azlita masam manis share resepi ni....saya cnp resepi kat sini pulak yer.

Sebabkan buat sambil2....dan ada dua tiga urusan nak diselesaikan, akhirnya petang dalam pukul 3 baru la boleh dimakan.....keluar oven....tak sempat chill dah kena ngap... Konon nak bawak bekal tapi tinggal tray kosong jer....hahahha.. Dilihat dari segi rupa memang la tak semenggah....amatur la katakan tapi anak2 suka....airtangan ummi yang tak seberapa.

Lain kali buat lagi yer anak2.


CHEESE TART BUNCIT

Shell Tart

125 gm margerin
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur ~ gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu Nespray full cream
1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

Pukul margerine dan gula icing hingga sebati
Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung
Uli sebati dengan senduk kayu
Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm
Buang lebihan doh tepi acuan
Cucuk bahagian tengah dengan garfu
Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping
Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.


Cheese

500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )
30 gm butter
100 gm gula icing
1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
20 gm non dairy Whipping Cream ~ ( optional)
Sedikit esen vanilla

Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu
Masukkan telur
* telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )
Kemudian putar sekejap aje
Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream
* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. ( whipping cream tak perlu di putar )

Susun shell tart dalam tray
Letakkan filling di tengahnya
* filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella
masukkan cream cheese dalam piping bag
Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.
Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak
Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.
Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh
Kalau ada nozel yang besar macam ni pun boleh di gunakan.

Kalau nak hias dengan corak bolehlah hiasan. Hiasan corak boleh rujuk di sini : SINI
Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C.
Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan 

Tart yang telah siap di bakar boleh di hias dengan Nutella. masukkan nutella dalam piping bag dan paipkan atas cheese tart .. wow! yummy!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...