Thursday, February 9, 2017

Kek Pisang Marble Susu Airtangan Anakanda Bertiga


Alhamdulillah....inilah hasil airtangan 3 orang anak2 saya pagi tadi. Pisang lemak manis yang dah masak dari kebun tempoh hari anak2 guna untuk membuat kek ni.

Anak memang bersungguh nak memasak sendiri. Selain masak nasi, goreng telur dan membantu kerja2 dapur....anak2 selalu request nak baking kek dan biskut. Sesekali saya layankan juga....dan hari ni...inilah hasilnya.


Diorg minta saya buatkan blog khas untuk share hasil masakan mereka tapi saya buat tag khusus kat blog saya ni saja macam tag masakan hubby tu...

Resepi dari blog masam manis saya guna untuk kek pisang marbe susu ni. Sedap....dan masak dengan jayanya.


KEK PISANG MARBLE SUSU

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

* Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji.

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.

Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan.

Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.

Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati.

Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inci.

Loyang tu sapu mentega dulu dan alas dasar loyang dengan kertas baking.

Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.

Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu. (Anak2 tuang selangseli....sesudu putih kemudian coklat secara bertindih2 hingga habis kemudian lorek)

Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,

Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...