ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Sunday, August 21, 2016
Nasi ayam special
Menu hari minggu. Menu kegemaran anak-anak. Kalau masak nasi ayam makannya berulang2. Kalau boleh nak menu ni hari2.😄😄😄. Hari ni ada tetamu cilik. Kawan2 anak datang bermain kat rumah. Dah alang2 diorang main sampai tengahari, saya ajak makan sekali.
Nasi ayam ni bahannya tak renyah,.cuma kerjanya agak banyak sebab stepnya banyak. Puas makan buat sendiri. Supnya pun takde la kosong ajer....penuh dengan sayuran.
Ayam saya guna organik...saiznya kurus2 jer. Rebusnya pun kena lama sikit berbanding ayam daging biasa. Jom la makan. Perut dah keroncong sebab jam pun dah pukul 2.30 petang nih......
Nasi ayam special @ ZLC
STEP 1
Penyediaan stok ayam
1 1/2 ekor ayam- potong ikut suka
4 inci halia - hiris kasar
Air untuk merebus
Garam secukupnya
Rebus ayam hingga empuk dengan halia. Masukkan garam kacau rata. Biarkan seketika. Tutup api. Asingkkan ayam dan air rebusan.
STEP 2
Sediakan nasi
6 pot beras basmathi - basuh dan rendam selama 30 minit dengan sedikit garam dan tos.
Bahan tumis
1 labu bawang besar - hiris
7 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
7 biji buah pelaga
2 batang serai diketuk
1 sb minyak sapi
7 sb minyak masak
8 pot air rebusan ayam
Garam secukup rasa
Tumis bahan tumis hingga naik bau dan bahsn hiris keperangan. Masukkan air rebusan. Biarkan mendidih. Masukkan beras dan perisakan dengan garam secukupnya.
Bila air dah mengering, kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan nasi masak sepenuhnya selama sekurang2nya 5 minit. Tutup api dan biarkan 5 - 10 minit sebelum dikareh rata.
Step 3
Penyediaan ayam
Ayam yang telah direbus daan ditoskan
Bahan lumur/ perap
5 sb kicap pekat
5 sb madu
5 sb sos tiram
Garam secukup rasa
2 sb serbuk halia (atau tumbuk lumat 5 inci halia)
2 sb serbuk bawang putih (atau tumbuk lumat 10 ulas bawang putih)
Gaul rata bahan diatas dengan ayam yg telah direbus dan ditoskan tadi. Perapkan sementara menunggu nasi, sup dan sambal siap.
Goreng sebentar sebelum dihidangkan. Jangan.goreng terlalu lama nanti ayam keras.
STEP 4
Penyediaan sup
Air rebusan ayam.
Bahan tumis
1/2 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
Pelengkap
Cendawan tiram
Tomato dibelah 4
2 batang celery - potong kecil
Hirisan daun sup/bawang/ketumbar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Tumis bahan tumis hingga keperangan. Tuangkan ke dalam periuk berisi air rebusan. Didihkan dan masukkan bahan2 pelengkap. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.
STEP 5
Penyediaan Sambal Kicap
Kisar 5 ulas bawang putih, 2 inci halia, 20 biji cili padi, 1/4 cawan kicap, 3/4 cawan air rebusan ayam, garam dan gula secukup rasa, 1/2 cawan sos cili, 4 sb cuka. Tuang ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
STEP 6
Hidangkan nasi ayam.bersama salad segar pilihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment