ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Thursday, August 18, 2016
Kek kurma lembut
Hari ni ada appoinment pukul 2.30 pm. Jadi malas nak ke opis. Ingat pagi ni ajak geng pg ngeteh tapi takde yang sudi...ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜. Bila gitu akak masuk la ke dapur mencari idea untuk mengisi masa dan pada masa yang sama mengubat hati yang terluka gitu....hihihik. Macam drama pulak pepagi yang mendung nikan. Takde lah....
Cuma bila takde yang nak temankan akak melepak dan menghiburkan hati, akak buat la sesuatu sebagai teraphy....bila akak stress, bila akak sedih, bila akak hepi....akak masak. Bila masak akak makin hepi atau pun akak dah tak ambil kisah benda2 lain sangat.
Sambil masak lauk, hari ni akak bako kek kurma. Kat rumah mesih byk kurma baki bulan puasa aritu. Bukan sebab akak beli banyak tau....posa tahun ni alhamdulillah, tak membeli langsung kurma, hadiah dari jiran dan kawan2 jer.
Resepi kek kurma ni akak cnp dari fb jom belajar buat kek. Resepi ni akak olah sedikit sebab dalam yg asal tak dinyatakan dia rebus kurma tu dengan berapa banyak air. Jadi akak nak senang malas nak merebus2 dan.berteka teki, akak kisar jer 1 cawan kurma yang dah dibuang bijinya dengan susu 1/2 cawan.
Maka terhasillah kek yg gebu....lembut...sedap nih. Manis pun sedang elok jer.
Kek kurma lembut ZLC
Bahan2
5 biji telur
1 cwn gula perang/putih
1 cwn minyak masak/zaiton
1/4 sk garam
1 cwn kurma (buang biji dan kisar dengan 1/2 cawan susu)
2 cwn tepung gandum
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sk esen vanilla (optional)
Cara:
1. Putar telur gula hingga gebu masukkan esen vanila.
2. Masukkn kurma dan garam putar perlahan
3. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder dan soda bicarbonat dan akhir sekali masukkan minyak putar hingga sebati sahaja. Jangan terlalu lama.
4. Alaskan loyang dgn baking paper supaya kek tak melekat. Tuangkan adunan.
5. Bakar 160c selama 40-45 mnt atau hingga kek masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment