Saturday, August 6, 2016

Cucur kentang daun kunyit


Sarapan pagi ringkas ajer pagi ni. Kelam kabut sikit pagi ni.... Masak sos bbq 13 kg, kemudian ada jemputan breakfast nasi dagang kat umah jiran. Selepas tu pulak ada jemputan rewang pembukaan kilang kawan. Balik dari rewang lepak jap pastu bersiap nak ke surau ada kuliah bulanan berkitab. Kannn...macam2 acara hari minggu nih. Alhamdulillah...semuanya dapat ditunaikan.

Berbalik pada sarapan ringkas pagi tadi asal niat nak masak nasi goreng. Tapi tak dan nak buat, jadi saya buatkan cucur kentang daun kunyit jer....untuk atuk ngan kakak yang tinggal kat umah.

Tapi bukan atuk dengan kakak jer menyantap cucur ni....last2 semua pun kelaparan...habis cucur 2 pinggan.


Resepi Cucur Kentang Daun Kunyit ZLC

Bahan A

2 helai daun kunyit - mayang halus
1 biji kentang saiz besar - potong kiub
2 cawan tepung gandum
1 sb serbuk cili
Garam secukup rasa

Gaul rata.

Bahan B

1 mangkuk kecil ikan bilis @ udang kering @ isi udang
1 biji bawang besar
2 cawan air

Kisar lumat.

Satukan semua bahan dan adun sebati. Perisakan garamnya, tambah jika perlu.

Panaskan minyak. Sendukkan adunan ke dalam minyak dan goreng hingga keperangan.

Hidangkan dengan sos pilihan.
Saya guna sos cili thai yg di campur hirisan daun ketumbar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...