ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Saturday, August 13, 2016
Marble butter cake
Petang hari minggu punya cerita. Penat separuh hari diluar memeriahkan sukan sekolah anak2. Balik singgah sana-sini settlekan apa yang patut sebelum balik ke rumah. Sempat lelapkan mata sekejap menghilangkan lelah.
Lepas asar ke dapur la pulak menunaikan hasrat nak buat kek untuk anak2....minum petang. Resepi LinaKz Shaari yang saya cnp dari fb june ahmad jadi pilihan. Dari resepi cupcake saya tuang terus dalam loyang...mudah kerja...hehhehe.....rasa serupa.....cuma kena tukar nama jadi marble cake jer.
Tingggg....oven dah bunyi....maknanya kek dah masak. Bau pun dah menusuk hidung. Makan panas2 dengan kopi atau teh pudina jer pun sodap....
Marble cup cake @ ZLC
Bahan A:
1 cawan mentega
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat
2 biji telur
2 sb serbuk koko
Bahan B:
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder*
ayak bahan yg bertanda *
Cara:
Pukul butter & gula hingga kembang
Kemudian masukkan susu pekat dan pukul lagi...
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi lebih kurang 5 minit...
Masukkan bahan B dan kaup balik...
Bahagi kepada 2 bhgn... 1 bhgn masukkan serbuk koko dan kaup balik sehingga rata... dan 1 bhgn lg kekalkan pada warna asal (terpulang pd selera masing2... nak bubuh perisa apa pon boleh je)...
Bubuh 3/4 penuh adunan dlm paper cup... Panaskan oven dgn suhu 170c selama 15 minit terlebih dahulu...
Setelah oven panas baru masukkan cup cake & bakar selama lebih kurang 15 minit (bergantung pd oven masing2)...
~Guna pure butter utk rasa yg sedap
~Kalau nak guna loyang (utk kek)... guna loyang bulat saiz 7 inci...(saya guna lotang 8 inci)
~Gris loyang dgn butter... bakar dgn suhu 170C selama 30 minit (bergantung pd oven masing2)...
******************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment