Sarapan pagi ni saya buat sandwich telur jer untuk anak2.... Petang semalam dah buatkan roti jadi pepagi tinggal rebuskan telur dan lenyek....pastu sapukan pada roti...dah siap...
Untuk roti
500 gm tepung high protien/ tepung gandum
80 gm gula
30 gm susu tepung
10 gm kfine krim/ 5 gm improver
5 gm garam
70 gm mentega
1 biji telur
225 gm air + kiub ais
8 gm yis
Satukan dan uli hingga elastik dan doh licin dan tak lekat ditangan dan bekas adunan. Perap sejam. Atau guna BM atau mixer ikut arahan dlm manual.
Bahagikan dan bentukkan doh ikut citarasa. Masukkan dlm loyang. Perap selama 3 - 4 jam bergantung pada cuaca...kalau panas mungkin lebih pendek masa memerap.
Selepas perap saya cuma spray air dan tabur bijan. Boleh juga sapukan dengan telur + air.
Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau keperangan.
Inti telur
4 biji telur rebus - lenyek
2 sb mayonis
1/4 sk serbuk lada putih/sulah
1 sk mentega
Garam secukup rasa
Satukan semua bahan dan gaul rata.
No comments:
Post a Comment