Sunday, November 1, 2015

Tea Adani

Pagi ni saya hidangkan teh adani....selera timur tengah. Resepi yang dishare oleh Lydia Honey. Ikut kat lydia, tea karak bagi orang arab emirates dan Yemeni pulak tea Adani.  Teh ni juga baik untuk penghadaman dihidangkan semasa sarapan atau minum petang.


Dengan lima bahan tambahan ni, teh tarik anda akan rasa berbeza....penuh nikmat yg menyegarkan.....cubalah..


TEH ADANI (YEMENI)

Bahan2:-

2-3 uncang teh @ black tea (saya guna serbuk teh tarik boh harimau)
31/2 cawan air panas
1 tsp cinnamon powder/ serbuk kayu manis*
1 tsp cardamom powder/ serbuk buah pelaga*
1tsp ginger powder/ serbuk halia*
1tsp serbuk buah pala*
2-3 kuntum bunga cengkih*
Gula dan susu cair secukup rasa. (Saya guna susu pekat)

Dalam teko@ periuk, panaskan air bersama bahan bertanda sehingga mendidih.
Masukkan gula dan biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tea.
Didihkan sebentar sehingga teh berwarna pekat dalam 1/2 minit dan masukkan susu.
Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan off kan api.
Tapis dan tuangkan ke dalam gelas & cawan
Sedia untuk di hidangkan.
Selamat mencuba.

Note dari lydia:- 

sukat betul2 ya spices tu jangan boh membumbun pulak nanti pingsan rasa tengit.. If tak de serbuk buah pala pon sila abaikan
Lagi POWER blend sdri rempah tu jangan beli yg serbu, walau rumit tapi hasilnya tak mengecewakan. Tak caya trylah guna yg readymade serbuk n blend sdri biji rempah tu..
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...