Sunday, November 8, 2015

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Akhirnya buat juga puding ni....teringin nak rasa. Google2 jumpa resepi di blog Lina PG. Rasanya ok la bagi yang tak suka versi bertelur tu...


RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair 
3sb  tepung kastard
1 sk esen vanilla

Cara-cara

Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikanSatukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...