Thursday, November 26, 2015

Nasi lemak pandan, sambal tumis cili muda dan ayam goreng berempah istimewa @ ZLC

Nasi lemak dengan warna tema hijau untuk majlis penyampaian laporan akhir tahun sekolah tahfiz kat surau semalam. Sambal hijau tu ada yg dah konpius dgn sambal ijo padang....tapi sebenarnya bukan....ni sambal tumis biasa cuma gunakan cili besar muda dan cili padi muda.... Kalau tak suka boleh jer guna cili kering biasa...



Ayam goreng berempah

1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2) - kali ni saya guna bahagian pahanya saja
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak
Daun kari secukupnya
Saya tambah gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan.


Nasi lemak pandan (tumis)

10 pot beras (basuh dan rendam sekiranya guna beras basmathi
13 pot santan + air pandan (guna penyukat yang sama dengan beras - kuamtiti air ikut jenis beras yang digunakan - saya kisar daun pandan dengan kelapa parut)
Garam secukup rasa
2 sb halba

bahan tumis

2 biji bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
minyak untuk menumis

--------
Masukkan beras,  santan + air pandan, halba dan garam. Tanak nasi seperti biasa. Tumis bahan tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan. Tuangkan bahan tumis berserta minyak yg digunakan ke dlm nasi yg telah masak. Kareh rata.

Ayam goreng berempah

1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2) - kali ni saya guna bahagian pahanya saja
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak
Daun kari secukupnya
Saya tambah gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan.


Sambal tumis cili muda

400 gm cili hijau 
100 gm cili padi hijau (kuantiti bergantung pada citarasa - boleh tambah atau kurangkan) 
5 biji tomato muda 
5 biji bawang besar
2 labu bawang putih

Kisar/tumbuk jgn halus sangat semua bahan di atas

200 gm ikan bilis - kisar/tumbuk jgn terlalu halus
3 batang serai dititik
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis kisar hingga garing. Masukkan bahan lain kecuali garam dan gula. Tumis hingga terbit/pecah minyak. Tambah baki air (sekiranya guna blender biasa - saya guna food processor yg membolehkan saya kisar tanpa menggunakan). Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih dan sambal sedikit pekat. Tutup api dan sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...