Friday, November 6, 2015

Roti ala sarang lebah ZLC

Malam tadi buat roti lagi...
Untuk tetamu dari johor. Pengajaran dari meroti mlm sebelumnya, yis saya dah keluarkan awal2. Hihihi....takut terlupa lagi.....nanti tetamu dah sampai rotinya tak naik2.

Roti ala sarang lebah ZLC

Doh roti

500 gm tepung roti/tepung gandum
10 gm kfine supercream atau 5 gm improver
80 gm mentega
50 gm susu tepung
60 gm gula
5 gm garam
1 biji telur
7 gm yis
225 gm air sejuk dari fridge

Masukkan bahan ikut aturan BM dan uli guna mode doh. Atau satukan semua bahan dan uli hingga jadi doh yang licin dan elastik. Perap doh hingga naik 2 kali ganda.

Tumbuk doh. Bahagikan ikut citarasa. (Utk roti sarang lebah seeloknya doh 10gm saja). Ambil satu bahagian. Bulatkan dan susun  dalam loyang yg digris mentega. Perap selama 2 - 3 jam. Spray air di atas doh, tabur kekacang - biji kuaci, almond slice, bijan putih dan hitam.

Bakar pada suhu 180 celcius selama 20 minit. Atau hingga perang. Keluarkan dari loyang dan hidangkan bersama curahan ZLC milky butterscotch spread. (Klik untuk resepinya)


Baki doh saya buat roti cheese gula...
Nasib roti ni tak hangus....leka bersembang dengan tetamu sampai lupa roti dalam oven.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...