Wednesday, November 4, 2015

Roti inti apple (apple filling bun)

Hahahha....gelakkan diri sendiri dulu.....sejam setengah tunggu doh siap uli dan perap dalam BM....sekali gitu rupanya haku terlupa letak yis....patutlah doh maintain kempis jer... Baru je plan nak tidoq awai....ngantuk dah nih....

Pukul 8 patut dah siap bentuk tapi kerana terpaksa haku kena tunggu lagi...masukkan yis dalam doh dan uli lagi sekali setengah jam...pastu terus kuarkn dari BM. Tak mo perap dah....

Lepas bentuk haku dah tak larat tunggu lama utk doh naik secukupnya....mato den dah nak lolap....baru perap setengah jam jew haku dah bako....kikiki....apa nak jadi....jadi lah....

Siap bako 2 biji haku ngap.....apa maksudnya tu.....hihihi.....maksudnya oklahhhhh....walaupun dia bukan bun sempurna....

Jom semak resepi....*****JANGAN LUPA LETAK YISSSSSSSSSSS.

Bun manis inti apple

Doh roti

550 gm tepung roti/tepung gandum
10 gm kfine supercream atau 5 gm improver
80 gm mentega
50 gm susu pekat
60 gm gula
5 gm garam
1 biji telur
8 gm yis
300 gm (air sejuk dari fridge + susu pekat + telur )

Masukkan bahan ikut aturan BM dan uli guna mode doh. Atau satukan semua bahan dan uli hingga jadi doh yang licin dan elastik. Perap doh hingga naik 2 kali ganda.

Tumbuk doh. Bahagikan ikut citarasa. Ambil satu bahagian. Leperkan dan isi drngan filling. Tutup doh. Susun dalam loyang yg digris mentega. Perap selama 2 jam. (Sapu atasnya dengan telur + susu cair skit - optional)

Bakar pada suhu 180 celcius selama 20 minit. Atau hingga perang.


Filling ni anak2 saya suka sangat....berebut2 nak habiskan yang melekat2 kat sudip dan kuali tu.....

Apple filling ala ZLC

12 biji apple hijau
1/2 biji perahan lemon
1/2 sk serbuk kulit kayu manis
1/2 sk serbuk pala
500 gm gula
2 sb mentega
2 sb tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
2 cawan air Air secukupnya.
Sedikit garam

Masak gula hingga jadi karamel dan masukkan mentega. Kacau rata dan tambah air sedikit2. Kacau hingga sebati. Masukkan apple dan serbuk kayu manis dan pala.

Masak hingga apple lembut. Masukkan perahan lemon dan sesikit garam. Kacau rata. Masukkan tepung jagung dan kacau sebati. Masak hingga filling pekat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...