Monday, November 30, 2015

Kuih lopes bunga telang


Kuih lopes, kuih tradisional, senang nak buat....yg rajin diorg bungkus bentuk 3 segi dan kukus. Saya guna cara mudah. Tanak beras pulut macam masak nasi tu jer.

Daun pandan dah habis stok buat nasi lemak pandan haritu....jadi bila ada bunga telang terkumpul kat peti sejuk tu saya gunakan la sebagai pewarna....itu pun dapat warna biru2 manja jer....pokok bunga telang saya baru nak belajar berbunga musim hujan ni....kumpul sikit2 bekukan untuk guna kemudian...jadi lah...


Kuih lopes

2 cawan beras pulut cuci bersih dan toskan.
2 cawan air
Sedikit  garam
Bunga telang rendam dengan air panas untuk keluarkan warnanya.

Tanak pulut dengan air dan garam hingga airnya kering. Titiskan air bunga telang. Dan tanak pulut hingga masak. Dah sejuk. Bentukkan dan gaul dengan paritan kelapa yg digaul dengan sedikit garam.
Hidangkan bersama air gula merah/melaka/apong/nisan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...