Monday, November 9, 2015

Kek Buah (versi bakar dan kukus)


Menyelongkar kabinet bahan2 baking saya teringat mix fruit yg dibeli beberapa bulan lepas. Sayang kalau tak digunakan. Cukup untuk dua adunan kek. Jadi saya pun masakkan mix fruit dengan air, gula dan mentega. 

Dah siap masak rasa malas pulak nak meneruskan niat mengadun kek. Jadi pagi2 sambil sediakan sarapan pagi saya adun kek ni dan bakar satu adunan manakala satu lagi adunan saya kukus.

Sebelum ni saya ada buat kek buah tapi resepinya agak rumit dan bahannya ada tak lengkap.Nak ke kedai malas jadi saya guna resepinya yang saya cnp dari blog Azie Kitchen. Simple sgt resepi ni dan rasanya sedap. Manisnya sedang elok sbb saya guna gula perang organik (organic molesses)

Kek Buah 

Bahan bahan

250 gram butter
500 gram mix fruit
1 cawan gula perang (boleh kurangkan)
1 cawan air sejuk
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla

Cara cara:

Rebus buah buahan campuran bersama air dan gula sehingga buah kembang. Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga bahan bahan tadi sejuk.

Pukul telur hingga sebati sahaja dan masukkan ke dalam adunan buah rebus tadi dan dikacau dengan senduk. Masukkan esen vanila.

Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang bulat saiz 8 inci yang telah disapu dengan butter.

Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Angkat dan disejukkan seketika di dalam loyang sebelum disejukkan sepenuhnya atas wire rack.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...