Sunday, November 29, 2015

Pancake

Selalu jugak pagi2 kepala dah hang....tak tau nak masak apa. Nampak keladi terus goreng untuk hubby. Untuk anak2?????......teringat resepi dari sue norman yg dikongsi di kkpbt....pankek kembung. Ermmmm bagus jugak....anak2 pun dok minta buatkan dorayaki. Pankek ni pun adik beradik dorayaki jugak.....hehehe....chantek sangat dah la....

PANCAKE

Bahan-bahan

250g tepung gandum (saya guna 2 cawan - malas nak timbang)
11/2 sdt serbuk penaik@ baking powder
1-2 sdt esen vanilla
50g gula pasir (saya letak 3 sb)
Saya tambah garam 1 sk
3 biji telur A (Kalau tak ada boleh guna gred B)
150ml susu segar (saya guna 1/2 cawan lebihkan  sikit - agak2 tengok adunannya - macam tepung goreng pisang tu)

Mentega/ marjerin untuk menggoreng.
Gula halus secukupnya. (Saya tak letak gula - makan dengan sos coklat lebihan churros dan madu)

Cara

1) Satukan bahan-bahan hingga sebati. Rehatkan 10 minit.
2) Guna non stick pan, cairkan mentega menggunakan api sederhana dan cedok 1-2 sudu makan adunan.
3) Biarkan sekejap sehingga kuning dan balik sebelah lagi. Angkat dan letak dalam pinggan dan buat seterusnya sampai habis.

*Pancake harus di salut dengan gula ketika masih panas supaya gula melekat. Salut dengan gula sementara menunggu memasak seterusnya*

SELAMAT MENCUBA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...