Sebelum ni pernah buat guna resepi lain.....kali ni skodeng dari blog azlita pulak....nak testing acuan barunyg kirim dengan hubby member kat Paris lagi....jauh tu cari acuan churros (sebutan curos).....dah ada acuan wajib buat...
CHURROS
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
15 gm butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam
1 sudu teh esen vanilla
Untuk salutan
sedikit gula halus (saya guna gula ising)
1 sudu teh serbuk kayu manis (tak letak sbb tak teringat)
Mula-mula kita satukan air, esen, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak hingga ia mendidih.
Tepung gandum di ayak bersama baking powder.
Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.
Adunan akan menjadi lembut dan tidak bergentel.
Kemudian masukkan telur dan terus kacau sampai adunan likat.
Biarkan sebentar.
Sementara itu bolehlah panaskan minyak
Sediakan nozel bintang.
Letakkan dalam piping bag.
Jika tak ada nozel dan tak ada piping bag, tak apa.. anda boleh letak dalam plastik bag bahagian bucu tu potong sedikit untuk keluarkan doh nanti.
Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap!
Paipkan doh tadi dalam kuali, dan gunting panjang mana kita nak.
Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supaya serap minyaknya.
Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk kayu manis.
Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.
Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry compot.
60 ml heavy cream atau tick cream ~ kalau nak lagi cair lebihkan 100 ml
10 gm syrup glucos ~ optional
100 gm dark choc
1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella
Coklat masakkan di cincang kecil
Satuan heavy cream dan glucos dan masak hingga timbul buih kecil tepi periuk
Angkat dan tuangkan atas coklat cincang tadi
Tambahkan Hazelnut paste atau nutela dan gaul rata
Sedia di hidangkan bersama Churros.
No comments:
Post a Comment