Friday, November 27, 2015

Kuih ketayap aka kuih gulung

Pepagi tadi sebelum bersiap nak ke ofis saya buatkan ketayap polkadot tema retro utk anak2 sempena jamuan akhir tahun kat tadika. Permintaan asalnya nak brownie sbb teacher dia suka sangat brownie yg ummi buat tapi apakan daya tak sempat. Balik ofis semalam singgah beli ikan....pastu sampai rumah terus masak nasi lemak pandan untuk 50 org makan sempena majlis penyerahan keputusan kahir tahun sekolah tahfiz anak2.

Balik tu dah kul 10 lebih....konon nak bangun awal tapi....huhuhu....tak dengar bunyi jam pun... fikir punya fikir.....akhirnya buatkan kuih ni jer. 

Kuih ni nak buat corak apa....kaler apa...ikut la citarasa masing2. Jgn sampai sendiri buat sendiri tak tertelan sudah......hehehe....ada member group masakan yg komen.....seram lah warna...macam penyakit lah.....pada saya, saya memasak ikut citarasa saya dan anak2......diorg ok saya pun ok....pegi hantar kat sekolah tadi pun tengok budak2 n teacher budak okay jer makan.....nak kata apa....Alhamdulillah....takde apa yg pelik pada kuih tu....sekiannnnn....

Kuih ketayap aka kuih gulung ZLC

Untuk kulit

3 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa

Pewarna pilihan (atau kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.)

Kisar sebati semua bahan hingga sebati.


Untuk inti 

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula putih (manisnya ikut citarasa)
Sedikit air
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air, gula serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat. Buang daun pandan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...