Nasi bawang putih hidangan makan tengahari cuti hujung minggu. Sebenarnya agak lewat juga makanan tengahari dihidangkan.....boleh dikira makan malamlah ni.... Nasi ni sesuai dihidangkan bersama ayam panggang, atau bbq atau boleh sahaja dinikmati bersana lauk2 pilihan yang lain....ringkas dan berperisa....gitu la komennya.....
Nasi bawang putih ala ZLC
2 cawan beras basmathi pusa (boleh guna beras lain tapi jumlah air ikut kesesuain jenis berasnya)
2 1/2 cawan air rebusan ayam/daging atau air biasa (boleh letak kiub ayam/daging jika suka)
1 sb minyak sapi
5 sb minyak masak
1 labu bawang putih di ketuk dengan kulit2nya sekali
1/2 biji bawang holland - cincang halus
1 sk lada hitam (terpulang nak masukan sebiji2 atas tumbuk kasar)
*1 sk thyme
*2 helai daun bay
*1/4 cawan parsley segar hiris atau 1 sb parsley kering
Garam secukup rasa
Basuh beras dan rendam selama setengah jam (jika guna beras pusa, kalau jenis lain bergantung pada kesesuaian). Toskan.
Tumis bawang hingga layu. Masukkan bawang putih dan lada hitam. Tumis hingga naik bau. Masukkan air, garam secukup rasa dan *. Masak hingga air mendidih. Masukkan beras dan tanak hingga masak.
No comments:
Post a Comment