Wednesday, November 4, 2015

Kuih Bom Keledek

Musim keledek....semalam buat kuih keria dan cekmek molek....baki keledek yg ada separuh lagi tu buatkan pulak kuih bom ni....nanti petang nak buatkan cucur badak pulak dengan baki doh kuih bom nih...

Itulah keistimewaan kuih muih traditional melayu....satu adunan pelbagai rupa dan rasa kuih boleh kita buat.....yg mudah dan semestinya sedap....

Kuih Bom Keledek ZLC

Untuk doh

2 cawan keledek yg telah direbus/kukus dan dilenyek
1 1/2 cawan tepung (boleh kurangkan kepada 1 cawan untuk kuih yg lebih lembut tapi susah sedikit utk dibentuk sbb doh sedikit lembik)+ 1 sk baking powder
Sedikit garam (kalau guna kaedah kukus, tapi kalau rebus boleh masukkan garam dalam air rebusan)
Sedikit air jika perlu

Satukan semua bahan kecuali air. Uli sebati hingga jadi doh yg lembut. Tambahkan air jika doh keras.

Untuk inti

1 biji kelapa muda parut
2 keping gula nisan/melaka (boleh tambah gula putih secukup rasa)
1/2 cawan air
1/2 cawan isi durian
Daun pandan - simpulkan

Satukan semua bahan ke dlm kuali. Masak hingga gula hancur dan inti kering airnya. Kacau selalu supya inti tidak hangit.

Bahan lain

Bijan secukupnys
Minyak untuk memggoreng

Ambil sedikit doh dan leperkan. Isi 1 sudu kecil inti kelapa (boleh bulat2kan dulu inti sebelum buat kuih ni utk memudahkan). Tutup inti dan bulatkan doh. Golekkan doh di atas bijan. Buat hingga selesai. Goreng dengan api sederhana kecil hingga masak dan keperangan. Angkat dan toskan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...