Tuesday, November 3, 2015

Kuih keria sira gula melaka


Lama tak buat keria. Keledek kukus dah lama tersimpan dalam freezer. Mlm tadi keluarkan separuh dan pagi bancuh dan buat kuih ni. 

Doh yang sama boleh juga buat kuih cekmek molek atau kuih cucur badak....bentuk dan inti jer lain...

Kuih keria sira gula melaka/nisan

2 cawan keledek yg telah direbus/kukus dan dilenyek
1 1/2 cawan tepung  (boleh kurangkan kepada 1 cawan untuk kuih yg lebih lembut tapi susah sedikit utk dibentuk sbb doh sedikit lembik) :+ 1 sk baking powder
Sedikit garam (kalau guna kaedah kukus, tapi kalau rebus boleh masukkan garam dalam air rebusan)
Sedikit air jika perlu

Satukan semua bahan kecuali air. Uli sebati hingga jadi doh yg lembut. Tambahkan air jika doh keras.

Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti donut. Buat hingga selesai. Goreng dengan api sederhana hingga masak dan keperangan. Angkat dan toskan.

Untuk sira

1/2 cawan gula perang
1/2 keping gula nisan/melaka
2 sb air

Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak hingga gula cair dan berbuih dengan api sederhana. Masukksn kuih keria, kecilkan api tadi dan kacau cepat2 hingga gula rata dan kering. 

Sedia dihidang.

Cekmek molek

Ambil sedikit doh. Leperkan dan masukkan sesudu kecil gula. Tutup doh dan bentukkan membujur. Goreng garing dengan api sederhana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...