Tuesday, July 31, 2012

Puding Trifle

Potong kek gulung dan susun di dasar bekas.
Basahkan sedikit dengan air(jus) buah campuran

Tuangkan kastard. Sejukkan sebentar dan tuangkan buah2 campuran



Tuangkan kristal jelly di atas buah2 campuran dan sejukkan sebelum dinikmati..

Bahan2

Kek gulung (selalunya saya guna perisa kopi atau coklat)
Potong lebih kurang seinci tebal dan susun dalam bekas.
Basahkan sedikit dengan jus/air dari buah-buahan campuran.

Untuk Kastard

3 sb tepung kastard
1 liter susu segar + air (kalau suka lemak guna susu sepenuhnya)
3 sb gula
secubit garam
-------
Masak hingga likat/berkilat
Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus.
Tuangkan ke dalam bekas yang mengandungi kek tadi.

1 tin buah-buahan campuran/laici/longan
-----
Toskan airnya dan tabur buah di atas kastard.


Untuk jelly

2 kotak kristal jelly ( saya guna jenama jela perisa strawberry)
800 ml air
------
Masak ikut arahan dikotak
Tuang di atas buah2 campuran
Sejukkan sebelum dimakan untuk lebih nikmat....heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...