Thursday, May 29, 2014

Udang goreng telur masin


Setelah sehari setengah cuti memasak sbb bawa anak2 jalan2 cuti sekolah, mlm ni ke dapur semula. Menu yang dipilih udang goreng telur masin....sementara udang masih fresh lagi dlm freezer tu, kita korbankan dulu....

Resepi asalnya untuk ketam tapi ketam takde musim....pg pasar aritu nampak la sekor kecik...tak berbaloi dgn kulit jer....


UDANG GORENG TELUR MASIN
Sumbe resipi  K.Nor@SecubitGaram
disediakan oleh zulfaza love cooking

Bahan2:
350 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
~~~~~
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin + 1 bj kuning telur ~ direbus hingga masak ( saya guna jer dua biji)
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar


Cara:
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan.
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi.
Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...