Thursday, May 15, 2014

Kuih cara berlauk

Kali ni saya nak try resepi lain pulak..resepi yg dikatakan paling sedap nih....


Untuk adunan saya ganti minyak sapi dengan butter dan lauknya saya tambah daun bawang. Pewarna kuning tu saya letak serbuk kunyit jer...

Memang lembut tepung dia tu....sedap....


Selain dari resepi ni saya share juga resepi kuih cara goreng. Lain ksli pulak cuba yer....bawahhhhhh seksli tu saya share link resepi yg saya pernah cuba dulu......

Kuih Cara Berlauk PALING SEDAP 
Resepi asal  : Mak Mertua SHikin -
Sumber : CA @ Dari Duniaku

Bahan bahan :a) Adunan Tepung

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ( saiz A/B/C )
1 sudu kecil minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
sedikit pewarna kuning
Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati @ blend je.

b) Lauk dan  eksesori:

200gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil - potong mayang
1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara cara
1.    Panaskan minyak dan tumis bwang merah dan putih hingga kekuning-kuningan.
2.  Kemudian masukkan rempah kari dan rempah rendang..
3.   Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging/ayam kisar, bawang besar, masukkan air secukupnya hingga daging /ayam masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

Aksesori : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.

Proses masak cara berlauk:

1.    Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit minyak.
2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan, kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng, daun sup dan cili.
3.   Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu 1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak sedikit garing makna kuih cara dah masak dan boleh la  angkat.
4.  Ulangi proses mencara sehingga adunan habis...

***************

Kalau nak try yg ni pun ok gak....tak pernah jumpa lagi kuih cara goreng nikan.....sedikit kelain dalam versi ni.

Cara Berlauk Goreng

http://malaykueh.blogspot.com/2008/09/cara-berlauk-goreng.html?m=1

Kuih cara berlauk goreng
Bahan-bahan (20 biji)

***** utk adunan tepung********

1 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 helai daun bawang dihiris nipis
1 biji telur
2 cawan santan/susu fresh milk
sedikit garam dan pewarna kuning/serbuk kunyit

***** Untuk inti******

200g daging cincang
1 biji cili besar (merah)
1 biji bawang besar di potong dadu
1 ulas bawang putih
2 hirisan halia
1 camb serbuk kari daging
Sedikit Daun bawang dihiris halus
Sedikit daun sup dihiris halus
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara
1. ADUNAN KUIH CARA : 

Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati. (Nota : Adunan cara berlauk goreng cair sedikit jika dibandingkan dengan cara berlauk yang biasa. Ini akan menghasilkan cara berlauk yang ranggup dan sedap)

2. INTI : Panaskan minyak kemudian masukkan bawang,b.putih dan halia. Tumis sehingga wangi dan masukan serbuk kari yang dicampur sedikit air. Masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging dan biarkan seketika. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan sehingga inti tadi kering. 

4. CARA MEMBUAT KUIH CARA : 

Panaskan acuan kuih cara di atas dapur. Tuang minyak ke dalam acuan sehingga menutupi 3/4 lubang kuih tersebut. Bila minyak dah panas..tuangkan adunan tadi dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
5. Ambil kuih cara yang telah masak tadi dan buatkan lubang ditengah dan letakkan 1/2 camt inti dan hias dengan cili merah, daun bawang dan daun sup. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi lain yang pernah saya cuba boleh refer kat post saya yang lepas di sini. Adunan tepung ni pakai santan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...