Friday, May 2, 2014

Sup ayam kampung ala tomyam

Mempelbagaikan hidangan ayam kampung....
Ayam ni ayam jaguh yang dah tua, saya rebus 3 jam dan alhamdulillah empuk jadinya. Petua mereneh daging/ayam.....bila rebus, jangan letak apa2 selain air dan rebus dengan api sederhana.

Bahan2nya

1ekor ayam kampung - potong 16 -  direneh dengan api sederhana hingga empuk
2 biji bawang besar - hiris
2 inci halia - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
4 inci lengkuas - hiris
2 sb rempah sup (kalau nak pekat dan lebih rasa berempah tambah) - ksli ni saya cuma guna rempah tumis - kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
5 helai daun limau purut (hiris)
Garam dan sedikit gula
1 ketul kecil gula batu (sebesar dua ruas jari kelinking)
Jus dari 3 biji limau kasturi (nak lebihkan pun ok)
10 biji cili padi (nak lebih pun boleh) - tak letak sbb ada baby n MIL nak makan
3 biji tomato belah 4
Karot (jika suka) - tak letak
250 gm cedawan tiram - tak letak
5 batang serai dititik
Minyak untuk menumis

Hiasan
3 pokok daun ketumbar - hiris
Bawang goreng

Tumis bahan hiris kecuali lengkuas hingga naik bau. Masukkan lengkuas dan serai. Kacau seketika. Masukkan ayam dan air rebusan. Biarkan mendidih. Masukkan bahan2 lain kecuali tomato. Perisakan dengan garam dan gula pasir serta gula batu. Perahkan limau. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau seketikan dan tutup api.
Hidangkan dan tabur dengan bawang goreng dan daun ketumbar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...