Saturday, May 31, 2014

Sup cendawan mee segera

Budak2...ermmmm bkn budak2 jer....mak pak budak kalau dapat makan mee segera tu macam best sangat....kalah masakan chef....

Tu yang bila buat sup cendawan mee segera ni seronok bukan main anak2.....macam dapat makan kaviar jer kot.....

Nak memenuhi selera anak2 terhadap mee segera dalam masa yang sama memastikan ianya berkhasiat.....cuba la menu nih...

Sup cendawan mee segera

1/2 kg tulang direnih hingga empuk
Air secukupnya
3 inci halia hiris
10 ulas bawang merah hiris
6 ulas bawang putih hiris
2 sb rempah sup
Garam secukup rasa
Cendawan tiram
3 helai daun salam segar/kering
Celery
Bunga kobis
Daun sup/daun bawang/daun ketumbar

rebus mee segera hingga lembut mengikut arahan di pek - saya guna mee cintan.

sambal kicap

cili padi hiris
kicap 
perahan limau

-------
Masukkan rempah sup ke dalam periuk tulang setelah dagingnya empuk. Kacau sebati. Sementara itu, tumis bahan hiris hingga keperangan. Masukkan ke dalam periuk sup. Tambah semua bahan2 lain masak hingga sayur lembut....perisakan dengan garam. Tutup api. Hidangkan dengan mee, sambal kicap dan tabur daun bawang/sup/ketumbar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...