Thursday, May 22, 2014

Ikan masak cuka



5 keping ikan tongkol/tuna/kembung/tenggiri digoreng (ikan digaul kunyit dan garam)
6 sb cuka
2  biji bawang besar belah 6
6 ulas bawang putih dihiris nipis
1 1/2 inci halia dihiris nipis
2 sb gula
3 cawan air
15 biji cili api/6 biji cili hijau dibelah dua (kali ni saya guna cili merah + hijau dihiris)
2 sb biji sawi
1/2 biji timun sederhana besar dibuang bijinya dan dipotong sederhana.
garam dan gula secukup rasa

--------
Panaskan minyak di dalam periuk,
Masukkan bawang, halia dan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan cili dan biji sawi. Tumis hingga layu.
Masukkan cuka dan kacau sebentar. Masukkan air, ikan dan timun.
Bila dah mendidih, masukkan gula dan garam secukup rasa.

----
***selalunya kalau masak taucu atau pun masak cuka ni saya letak garam kemudian sebab ikan yang dah digoreng tadi telah diletak garam, kemasinan ikan tu akan turun ke kuahnya, jadi tak perlu garam banyak sangat....


Ini la menu makan malam kitrg.....lengkap dah kot....
en hubby kisarkan mangga jadi jus.....
memang terlebih kenyang ari ni

sambal hijau + sayur sawi  dan bunga kobis tumis dengan tauhu lembut + ikan masak cuka + jus mangga yg takde dlm gambar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...