Tuesday, May 13, 2014

Macaroni goreng sempoi

Kekadang idea memasak ni hilang....jenuh memikirkan apa benda yang nak dimasak pagi2 nih untuk anak2 terutamanya. Tambah pulak sekarang ni malam2 diorang dah tanya ummi nak masak apa...

Menu pulak tu tak boleh ulang tayang selalu....diorang jemu. Fikir punya fikir akhirnya ummi diorang nih ambil keputusan gorengkan macaroni jer la pagi nih...guna bahan2 yang ada.

1 btg Karot potong kecil
Sawi potong
Isi Ayam dipotong kecil
1 sb serbuk kari
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
1 sb tomato puree
1 sb cili kisar (nak pedas lebihkan)
 500 gm macaroni - rebus dengan air yang diletakkan sedikit garam)
2 biji bawang besar dicincang
5 ulas bawang putih cincang halus
2 sb mentega + sedikit minyak masak

Panaskan mentega dan minyak masak. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan ayam dan biarkan ayam masak seketika. Masukkan serbuk kari. Tumiskan seketika. Masukkan cili dan sos. Tumiskan hingga pecah minyak. Masukkan karot. 

Biarkan seketika...masukkan macaroni dan sawi. Kacau sebati dan masak hingga sawi layu...tapi jangan sampai berubah warna pulak yer...tutup api dan hidangkan. Kalau nak hiasa dengan hirisan daun bawang atau bawang goreng boleh juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...