Saturday, May 31, 2014

Kek red velvet lembab (kukus/bakar)

Dah lama nak cuba...bila ada benda nak diraikan baru la ada alasan nak buat kek ni....

Dah puas ejas tapi dlm gambar tak nampak merah sgt.....

Untuk besday kakak ke 50, saya buatkan kek ni....

RESEPI KEK RED VELVET MOIST
Sumber resepi hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara

Sediakan buttermilk - 

Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih atau perahan lemon/limau. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit.

(Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.)

Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang.

Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. 

Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. 

Kek ini boleh juga dikukus. Saya kukus selama sejam lebih. 

Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...