Tuesday, May 27, 2014

Udang gareng daun kesum

Menu dinner mlm nih....lama dah tak beli udang... smlm pegi pasar dapat udang yg baru naik dari bot...segar sangat.... rancangan asal nak buat tom yam goong tapi tak cukup bahan......

Sumber resepi Fb Belajar Buat Cupcakes

Udang goreng daun kesum @ ZLC

Bahan:-

500 gm udang (sederhana besar)
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Perap:-

1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam


Bahan Cincang:-

6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih
1 tangkai kecil daun kari
1 tangkai cili merah

Cara Memasak:-

Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
Gaul udang bersama bahan perapan.
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.

Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum, kari dan selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.

Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...