Wednesday, May 7, 2014

Roti manis dengan Caramel topping /roti sarang lebah versi zulfaza

Teruja nak cuba sbb asyik tengok orang dok post gambar ni kat kelab roti. Tapi saya tak ikut resepi asal yg letak yogurt dlm doh rotinya tu....

Anak2 saya suka betul kat caramel tu......benda manis masin lemak camtu memang la budak2 gemar....tak boleh buat selalu....


Doh roti manis
Sumber Zalinzalina

250 gram Tepung Roti / High Protein
50 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

Cara-caranya :-

Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula...
Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih..
Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi...gaul rata...kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang...kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang. Uli guna tangan hingga doh tak lekat ditangan dan dulang. Nak lagi cantik sampai elastik.
Pastu tutup dengan plastik...biarkan selama 30 minit..
Lepas 30 minit, doh pun dah kembang..
Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit mintak untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit..
Pastu boleh susun dalam loyang yang dah dilengserkan dengan minyak masak. Tutup loyang dan biarkan selama 45minit - 1 jam..

*****Untuk sapukan atas doh tu, guna 1 biji telur campurkan 2 sudu besar air atau susu segar...
Bila doh dah kembang baru kita sapukan bancuhan telur. 
(saya tak sapu telur tapi tabur ngan kekacang - badam, biji bunga matahari, biji labu, kuaci, bijan hitam/putih -  ikut citarasa masing2)

Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 18 darjah celcius atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing..
Bila dah keluarkan dari oven, kita terus sapukan dengan sedikit margerin untuk bagi nampak berkilat..(saya tak sapu sbb tuang karamel)

Caramel topping
http://www.howtoinstructions.us/caramel-topping/

5 Tbsp butter
1 cup brown sugar, packed
1/4 cup half and half
Pinch salt
1/2 tsp Vanilla extract

Melt butter and brown sugar in large heavy saucepan over low heat; stir constantly until mixture is smooth. Add half and half, then salt; simmer 4 minutes. Remove from heat; stir in vanilla. Serve over ice cream, desserts, pancakes, waffles or as a dip for apples or other fruits. 

Saya share gak resepi sebenar ROTI SARANG LEBAH daripada Lydia Honey yan saya cnp dari blog izahdaut

DOH✏️
2 cawan tepung gandum 
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik 
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...