Wednesday, May 7, 2014

Brioche Bread (sweet bread -programme 6)

Roti ni saya buat sebab anak2 request nak sarapan dengan mushroom soup. Lain kali buat yg 750gm jer....bila saya buat 1kg ni guna BM, roti tu naik sampai terkena penutup BM tu....waduhhhh...sib baik tak melimpah...kalau tidak hangit satu rumah...

Lembut betul roti ni.....puas hati dengan kejadiaannya walaupun tak letak improver atau softerner.
Bahan2 untuk 1 kg roti
280 ml susu segar
2 biji telur
150 gm mentega - cairkan
600 gm tepung roti tanpa peluntur
1 1/2 sk garam
80 gm gula
11 gm yis
-------
Satukan semua bahan dan uli hingga tak melekat ditangan dan elastik. (Kalau guna BM, masukkan adunan ikut turutan di atas.)
Perap selama sejam. Tumbuk adunan untuk keluarkan angin. Uli sebentar. Masukkan dalam loyang yg digris dengan sedikit minyak.
Bakar pada suhu selama 45 minit pada suhu 170 C atau hingga roti keperangan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...