Friday, May 2, 2014

Laksa siglap singapore



Teringin sungguh nak makan laksa ni. Tengok orang buat cam sedap jer. Dok fikir nak buat, ikan tenggiri segar dari ladang pun masih ada sikit tapi bila ckp kat hubby nak guna ikan tu buat laksa, terus dia respon "rugi la ikan mahal2 buat kuah laksa..." ayoyo terus terencat niat suci murni ku... Yolah....en hubby tu kan tak berapa gemar mee kuah2 dan keturunannya nih...tu la sbbnya dia fikir rugi kot.

Kebetulan balik kampung, saya cari la ikan kembung. Nak jugak try resepi ni. Buat la skit melepaskan mengidam.

Rasanya ada iras2 laksa johor. Untuk sambal tu saya guna cili api dan letak belacan sikit.

Laksa siglap
Sumber asal blog rozzan

Bahan-bahan untuk kuah:

300-400 gm ikan tenggiri/parang atau lain2 (kukus, ambil isinya dan lecek halus)

3 batang serai }
2 cm lengkuas }
4 ulas bawang putih }
2 biji bawang besar }…dikisar halus

3 sudu besar kerisik kelapa
400 ml santan pekat
2-3 cawan air (atau secukupnya)
3 sudu besar (bumbung) rempah kari ikan
sedikit air asam
5 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

Bahan-bahan untuk Sambal

20 tangkai lada kering - rendam dengan air panas
sehingga kembang, tos, dan kisar dgn sedikit air dan bubuh sedikit garam.

Bahan-bahan untuk tabur:

Sedikit daun kesum atau selasih (cuci bersih dan hiris halus)
150 gm taugeh (bersihkan, buang akarnya, cuci bersih dan toskan)
2 btg timun (buang kulit dan hiris halus)
1 –1 ½ kg mee laksa (celur & toskan)

Cara membuat Kuah :

Ikan dibersihkan dan kukus. Ambil isinya saja dan dilecek halus atau kisar.

Gaul rempah kari ikan dgn bahan2 kisar lalu ditumis sehingga garing dan naik aromanya.
Masukkan santan pekat dan 2 cawan. Kacau sekali-sekala dan kemudian dibiarkan sehingga kuahnya naik minyak. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah sedikit air lagi mengikut citarasa anda. Kemudian bubuh garam secukup rasa.

Cara menghidang

Mee laksa yang telah dicelur diletakkan dalam mangkuk. Atur diatasnya taugeh yg sudah dicelur, hirisan timun dan hirisan daun kesum atau selasih. Tuangkan kuah diatasnya. Letakkan sedikit sambal. Hidangkan panas-panas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...