Sunday, May 11, 2014

Sup daging merah

Menu tengahari nih....all in one...satu menu lengkap...

SUP DAGING MERAH 
Sumber blog masam nanis.
Oleh : Pak Engku Rujukan Buku :
Santapan Gulai Tradisi
Bahan
1 kg daging (saya guna kambing - mutton)
5 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ kisar
1 biji bawang besar ~ belah 4
2 helai daun pandan
2 camca besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
3 camca besar rempah sup daging
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 batang saderi ~ hiris kasar
4 biji kentang ~ belah 4
1 batang lobak merah ~ potong kecil
1 sudu kecil serbuk cili Baba's
4 camca besar minyak masak
100 gm bawang goreng
1 liter air
garam secukup rasa


Cara Penyediaan
Daging di hiris kasar dan direbus dengan daun pandan sehingga empuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, serta buah pelaga hingga naik bau.
Tuangkan air rebusan tadi, masukkan daging. Renih sehingga daging betul-betul lembut Kemudian masukkan rempah sup, serbuk cili, lada hitam, kentang dan lobak merah Taburkan hirisan daun sup dan garam secukup rasa. Apabila sudah mendidih, masukkan hirisan batang saderi dan bawang goreng.


 Anak2 request nak makan dengan bubur nasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...