Saturday, May 3, 2014

Cucur udang rangup

Cucur udang rangup yang cmg buat cantik jer bentuknya. Saya buat, saya tuang je terus dalam kuali....free style.


Rujukan CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram udang kertas yang jenis kecil (buang kepala dan janggutnya)
2 biji bawang besar, hiris
1 genggam taugeh, cuci dan toskan
1 cekak kucai, potong pendek (tak letak)
1 putih telur (saya letak sebiji telur)
1 camca besar minyak masak
1 camca teh cuka makan (tak letak)
3 - 4 senduk tepung gandum
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya (cm guna kurang lebih 300 ml)
Minyak untuk goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, air dan minyak untuk menggoreng. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi satu adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Tambah garam secukup rasa, gaul rata2...rehatkan sekejap. Panaskan minyak untuk goreng terendam.
Panaskan sudip leper dalam minyak, keluarkan sudip kemudian sudukan kurang lebih 1 1/2 camca besar bancuhan cucur udang atas sudip dan ratakan biar leper.Celop dalam minyak panas dan biar hingga mengeras sedikit, tanggalkan dengan hujung pisau perlahan2.
Goreng dengan minyak sederhana panas hingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki adunan hingga siap (cm buat 5 keping untuk sekali goreng)....Hidangkan bersama sos cili...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...