Friday, May 30, 2014

Botok-botok udang

Masakan encik hubby yang sedap sangat...



*1 /2 kg udang sederhana - dibuang kulit (kalau udang kecil putih tu tak buang kulit pun boleh)  tumbuk
*6 batang kunci
Ni rupa kunci atau temu kunci atau fingerroot kepada yg tak mengenalinya

*5 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih (optional)
*1 ketul kecil kunyit hidup
5 biji cili padi hiris kecil/tumbuk ( terpulang nak pedas mana atau tak letak langsung pun ok)
*4 sb kelapa parut (seelok2nya kelapa muda)
*Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang secukupnya - layukan
Stepler/lidi

Tumbuk * sehingga lumat. Gaul semua bahan hingga sebati.

Ambil sesudu dan balut dalam daun pisang....buat macam balut tapai tu...pastu steple atau guna lidi untuk lekatkan daun tu.....
kalau rasa susah buat cam lepat pun boleh lerrrr......

Buat sampai habis pastu kukus selama 15 - 20 minit...
Dah masak hidangkan bersama2 nasi dan lauk pauk lain...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...