Thursday, July 18, 2013

Pajeri Nenas/terung/kedondong

Yang ini pun encik hubby yg masak tau...sbb saya pulak sibuk masak chicken chop. Saya suka makan pajeri tapi bukan dengan nasi tapi makan gitu jer...

3 biji nenas (kalau saiz besar kurangkan) - kupas, potong bulat, celur dan toskan.
Segenggam udang kering ditumbuk lumat (ada orang yg masuk terus tak tumbuk pun)
Segemgam kismis
3 sb kerisik (saya tak letak kali ni sebab tak sempat nak buat)
*2 inci halia
*2 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
3 sb rempah kari daging
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 cawan santan pekat
3 biji cili merah dibelah 
Air secukupnya
Garam dan gula melaka sesedap rasa
Minyak untuk menumis

---------
Kisar * hingga hancur. Tumis * dan rempah tumis hingga naik bau. Masukkan rempah kari yang dah sibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. Kacau selalu. Masukkan air dan kacau sebati. Masukkan nenas, kerisik dan udang kering. Masak hingga agak pekat,  perisakan dengan garam dan gula melaka        (masakan ni manis - saya gunakan 1 1/2 ketul gula melaka leper tu.).
Masukkan santan pekat, kacau sebati dan masak hingga kuah agak pekat. sebelum tutup api tu masukkan kismis dan cili. gaul rata dan masakkan seketika.

****Nenas yg digunakan jangan terlalu masak.
Gula melaka tu boleh ganti dengan gula putih.
Kalau buat pajeri terung tak perlu celur dulu. Kalau nak buat pajeri rambutan pun boleh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...