Sunday, July 14, 2013

Ikan masak lemak merah dengan nenas

Satu lagi masakan encik hubby yang saya nak kongsi resepinya.

*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*2  inci halia
4 sb cili kering yg dah dikisar
2-3 elor ikan jaket/cencaru atau ikan tongkol
1 biji nenas sederhana
2 cawan santan pekat
Air secukupnya
2 batang serai diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis cili dan * yang telah dikisar halus hingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air dan nenas. Biarkkan mendidih. Masukkan garam dan gula.
Masukkan ikan, kacau sebati. Biar hingga ikan masak. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga mendidih. Pastikan selalu di kacau supaya santan tak pecah minyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...