Friday, July 5, 2013

Biskut aiskrim nestum & biskut gajus

Pagi ni nak buat dua biskut di bawah.....tapi buat banyak sikit bancuhannya sebab ada tempahan dan nak bawa balik kampung sikit...

Biskus aiskrim nestum nih saya ejas skit sebab saya terlebih sukat nestumnya. Jadi bancuhannya kurang butter. Saya tambahkan minyak jagung dan kejadiaannya masih sedap. Tak sempat nak salut coklat dah separuh loyang dimakan anak2. Minggu depan baru nak salut coklat. Jadi gambar yg di salut saya akan upload kemudian yer.

Biskut gajus pun ok. Mula2 dok ingat bancuhannya terlembik tapi bila diuli betul2 dan dibiarkan sejam dua, Alhamdulillah elok jer.

Resepi daripada http://resepibiskut.blogspot.com/2012/11/resepi-biskut-aiskrim-nestum.html?m=1

Biskut Aiskrim Nestum

Bahan-bahan:
200 gm tepung gandum
70 gm tepung kastad
160 gm nestum (Boleh kisar nestum ni)
75 gm gula halus
180 gm butter
1 biji telur
1/2 tsp serbuk penaik

Bahan hiasan:
250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai

Cara-cara: -

Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan dengan nestum.
Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat.  Masukkan telur dan pukul rata.
Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh.
Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim. Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai.  Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di atasnya.
Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

Resepi Biskut Gajus

Bahan2nya

250gram butter (saya guna golden churn yg sejuk tu, bukan dlm tin)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan gula halus (castor / icing)
1/2 cawan brown sugar - boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 cawan gajus - kisar halus
1/2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
manik/biji gajus utk hiasan

Cara2nya

Gaul rata semua jenis tepung bersama2 kacang gajus ketepikan, dalam mangkuk lain kacau sebati semua jenis gula bersama butter dan esen vanilla hingga lembut dan sebati masukkan tepung
gaul dan ramas (bukan uli ek) bila dah sebati, canai ikut ketebalan yg diingini dan terap gunakan acuan pilihan hiaskan ikut suka dan bakar saya gunakan suhu 180°c kepanasan atas dan bawah selama 10 - 15 minit ikut oven memasing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...